Wednesday, 21 September 2016

Agenda New World Order, Masonry dan Kekayaan Rothschild

     Assalamualaikum w.b.t sahabat. Pagi-pagi ni aku nak share laa sikit pasal agenda Freemason and who is behind all the scenes untuk apa yang berlaku kat dunia sekarang ni. Kalau ada silap mohon betulkan di ruangan komen yerr.. :-)

     Ok, aku bet korang semua mesti tahu apa tu Freemason kan?? For those yang kurang familiar, Freemason ni salah satu daripada beberapa persatuan yang memuja syaitan... pengikut-pengikut Dajjal Al Masih, yang menjalankan segala kerja kotor iblis sebelum tiba hari kedatangan Dajjal Al Masih(seram pulak,, hehe). Sebenarnya ada banyak lagi persatuan macam ni, antaranya Illuminati dan Skull & Bones. Mereka ni bergerak tanpa kita sedar walaupun kita tau mereka wujud. 

     Dalam dunia ni apa je yang mereka tak kawal?? Baik dari segi ekonomi, sistem pemerintahanan dan media, semua dalam genggaman mereka. Mereka ingin melaksanakan New World Order, atau Sistem Aturan Dunia Baru,, sebagaimana kita tengok hari ini,, mereka dah pun berjaya. Kita ni sebenarnya dah lama terjajah dari segi pemikiran, sistem pendidikan dan pemerintahan, media sosial mahupun peradaban. Not to mention makan minum kita seharian pun dari sumber mereka. Okay korang mesti tanya kan kenapa?? Baiklah, first sekali aku nak tekankan pada pendidikan. Tahukah korang, semua sukatan matapelajaran di Malaysia ni akan dibawa kepada mereka untuk diperiksa isi kandungannya sebelum buku-buku teks tu digunakan di sekolah?? Yes! Mereka nak pastikan bahawa tiada kandungan dalam tu yang offensive terhadap Freemason.. terutama sekali Sejarah. 80% isi dalam tu adalah agenda mereka semata-mata, contohnya zaman Paleolitik, Mesolitik dan Zaman Logam. Dalam Al-Quran takde beb sebut zaman2 tu. Just rujuk pada zaman-zaman nabi je,, dan mereka mendakwa manusia pertama wujud sekitar 2 juta tahun yang lalu, tanpa peradaban dan teknologi, serta komunikasi seakan-akan haiwan. Sebagai umat Islam kita tahu manusia pertama adalah Nabi Adam Alaihissalam. Cuba fikir, macam mana baginda berdakwah?? Dan kita tahu sebelum Allah menghantar Nabi Adam ke dunia,, Dia telah mengajarkan Nabi Adam dengan ilmu-ilmu berkaitan hal-hal duniawi dan ukhrawi. Mustahil manusia pertama tiada peradaban, kan?? Dan tak mustahil teknologi mereka lebih maju dari kita, contohnya penemuan artifak misteri di tapak eksvakasi Tamadun Babylon. Setelah diselidik ternyata ia adalah bateri,, digunakan beribu tahun lamanya sebelum kita. Cuma kalau kita rujuk kisah-kisah nabi,, ada kaum yang dibinasakan kerana kufur,, jadi tak mustahil teknologi tu hilang camtu je dan we've to start again..

     So, berbalik kepada agenda Freemason tadi,, tahukah korang  yang Russia dan Amerika bukannya musuh macam yang kita tengok kat movie tu?? Yes,, semua tu dirancang secara halus oleh tangan-tangan  ghaib Freemason bagi menampakkan Amerika ialah penentang komunisme(kononnya),, sedangkan Karl Marx tu sendiri Yahudi(pengasas idea komunisme)... dan yang jadi mangsa? Korban perang, tawanan, tentera mereka sendiri. Rugikan diri mereka? Tidak, mereka tak rugi. Sebab di sebalik Amerika Syarikat sebagai "puppet" ialah keluarga Rothschild... satu-satunya kelurga yang mencapai kekayaan sehingga tahap trillionaire. Hah, bukan million, bukan billion,, tapi TRILLION beb. Gila kan??

     Macam mana si Rothschild ni boleh sekaya ni?? Okay aku masuk ke cerita Rothschild pulak ye. Asal pelopor dinasti Rothschild ni adalah Baron Mayer Amschel Rothschild, salah satu bangsawan Inggeris pada sekitar pertengahan abad ke 17 dan awal abad ke 18. Dari dia ni lah bermula monopoli keluarga Rothschild ke atas ekonomi dunia ni. Bijaknya dia ni, dia menempatkan keturunannya di pusta-pusat pembangunan ekonomi di serata dunia, dan antara kata-kata dia ialah "Give me a control nation money and I care not who makes the laws",, and he did it... 

    Hari ini,, cakap je negara apa kat dunia ni yang tidak dikawal ekonomi dan banknya oleh Rothschild...... Malaysia?? Hahahahahaha tengok pemimpin dah tau penakut. Awal-awal dah kena. Tapi,, ada 3 negara lagi yang belum dapat Rothschild tawan ekonomi mereka. First, Korea Utara, lepas tu Cuba dan last sekali Iran. They used to be a longer list but sekarang dah tinggal 3. Itupun Iran dengan Cuba just one step ahead untuk jatuh dalam tangan mereka. Siapa yang jalankan agenda kotor Rothschild?? Kalau anda fikir presiden USA, si Obama Takuk tu manusia paling berkuasa kat dunia ni, anda silap. Dia cuma boneka Freemason yang dipilih oleh ahli-ahli tertentu yang berpangkat tinggi dalam Freemason. Jadi dialah yang jadi patung boneka, dan sebagai langkah untuk secure kekuasaan Rothschild,, baru-baru ni Amerika telah deklarasikan hubungan diplomatik dengan Iran dan Cuba.... 

     Bagaimana pulak halnya dengan Korea Utara?? Weh Korea Utara bukan biasa-biasa beb.. ada masa aku cerita pasal Korea Utara ni.. Tapi kat sini aku nak fokus pasal Rothschild. Okay,, Korea Utara di bawah pimpinan Kim Jong Un, memang tak takut gertakkan dari Amerika. Baru-baru ni, mereka telah menggodam syarikat Sony Entertainment sebagai respon atas penghinaan rakyat Amerika terhadap negara mereka, dengan amaran, "kami bukan sahaja akan mendapatkan anda, tetapi keluarga anda",,, apa kaitannya dengan agenda Freemason dan campur tangan Rothschild??

     Afghanistan diceroboh atas sebab kononnya menjadi sarang persembunyian Al-Qaeda, Taliban dan Osama bin Laden yang didakwa menjadi dalang tragedi 11 September di WTC dahulu, SEDANGKAN semua itu mainan propaganda US untuk menjalankan kerja kotor Rothschild ni. Walhal Osama bin Laden tu pun ejen CIA sebenarnya. Jadi, mungkin tak lama lagi Korea Utara akan megalami nasib serupa dengan Afghanistan... dan semuanya dirancang dan direncana secara halus oleh Rothschild di bantu oleh macai-macai seperti Najib, eh salah,, USA, dan PBB. Itu tak masuk lagi cerita keluarga Rockefeller, Dupont dan Bush,, kalau nak cerita memang berjela.. nak baca pun muak nanti. Hahaha so entri kali ni aku tutup sampai sini je laa dulu yerr.

     In shaa Allah dalam entri akan datang aku cerita pasal Rockefeller dan keluarga-keluarga Mason yang lain. So cerita yang aku share ni tak pasti 100% kesahihannya. Just collect fakta secara online, buku dan perbualan dengan member-member yang lebih arif. Sebab kat internet ni pun kurang didedahkan pasal Rothschild dan Freemason ni. Kalau ada pun tak lengkap. Biasalah takkan mereka nak pecahkan tembelang mereka kan?? So kalau ada tersalah tu let me know okay?? Just sharing je supaya kita sama-sama peka apa yang berlaku sebenarnya. Adios, assalamualaikum :-)